Powered By Blogger

Monday 1 September 2014

Jenayah siber

           ‘Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
            Yang cantik itu budi,
            Yang indah itu bahasa’
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, perlakuan, sopan santun dan tatatertib, perbuatan, pemikiran dan perasaan terhadap orang lain. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas pula tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa sahaja, namun turut merujuk kepada aspek nonverbal dan verbal. Kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan amalan yang baik dalam kalangan masyarakat.Walaubagaimanapun isu kesantunan dalam kalangan rakyat negara Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan kerana kebanyakan rakyat kita tidak mengamalkan amalan yang baik dalam kehidupan mereka. Terdapat beberapa contoh isu kesantunan yang sedang berlaku di sini yang boleh dibahagi kepada isu kesantunan berasaskan verbal dan non-verbal.
Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang teknologi turut berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.
Terdapat beberapa sebab yang boleh kita dapati mengundang jenayah siber ini jika ditelusuri dengan mendalam. Punca pertama peningkatan jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya pendedahan maklumat tentang penggunaan teknologi dengan selamat. Kebanyakan masyarakat menggunakan teknologi komunikasi dan ICT atas desakan trend atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan, menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Facebook,Twitter,My Space, Skype dan Yahoo Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk keuntungan mereka atau untuk menjatuhkan individu lain.
            Punca kedua jenayah siber ialah penjenayah sukar dikenalpasti. Seperti yang sedia maklum penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun professional sehingga wujud pelbagai persoalan terhadap jenayah ini. Sebagai contoh, kewangan bank merupakan jenayah yang dilakukan oleh golongan professional contohnya pegawai bank. Sebagai buktinya, antara kes yang melibatkan jenayah siber ialah di Amerika yang canggih teknologinya namun gagal mengesan perancangnya yang terjadi pada 11 september 2001 yang mana pada peristiwa tersebut 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika syarikat dengan mengunakan visa yang sah.  Jadi terbuktilah bahawa jenayah siber jenayah yang sukar untuk mengenalpasti pelakunya. 
Di antara kesan-kesan jenayah siber yang sudah terang lagi bersuluh ialah maklumat-maklumat peribadi atau sulit pengguna terdedah.  Pada masa kini banyak sistem ICT digunakan. Ini kerana melalui intenet, kita tidak perlu keluar dari rumah untuk menyelesaikan urusan. Kebanyakan sistem ICT ini digunakan oleh kerajaan dan maklumat-maklumat ini mudah terdedah. Antara sistem ICT yang digunakan oleh kerajaan ialah e-kerajaan, e-perolehan, e-kesihatan, dan sebagainya. Sistem perbankan, system perdagangan seperti bursa saham juga menghadapi masalah yang sama. Selagi masalah ini tidak diselesaikan dengan sistematik dan bersepadu, ini akan menjejaskan keyakinan pengguna dan pelabur antarabangsa.
Kesan kedua yang penting ialah kerugian syarikat serta pengguna internet akibat jenayah siber.Penyebaran virus, penggodaman, pencerobohan dan pengganasan merugikan syarikat dan pengguna internet.Ini disebabkan virus mampu melumpuhkan sistem komputer. Di samping itu, penggodaman pula akan menyebabkan kandungan komputer kita terdedah juga berjaya digodamkan dan kita tidak akan dapat menjejak pengodam tersebut. Jika kandungan komputer kita adalah sulit maka kita yang akan menghadapi kerugian. Penggodaman juga dapat mengawal komputer kita dan kemungkinan besar kita akan terlibat dalam jenayah jika berjaya dikawal.
Di antara langkah-langkah yang perlu diimplementasikan dalam mengurangkan gejala ini ialah mengukuhkan kerjasama antara negara serta secara global.Sebagai contoh, memperkenalkan dan menjalankan rancangan membanteras penjenayah siber.Dengan ini, kerajaan-kerajaan negara Asia Tenggara boleh memberi amaran kepada penjenayah siber dan mengumumkan rancangan ini melalui Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Di samping itu agensi-agensi yang berkenaan perlu berkongsi maklumat-maklumat dalam keselamatan computer dan membentuk unit jenayah siber.Selain itu, menteri-menteri telekomunikasi ASEAN boleh berkerjasama untuk menentukan standard ujian peralatan telekomunikasi yang boleh dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah. 
Langkah seterusnya yang penting ialah menjejaki penjenayah dengan forensik komputer.Kerajaan perlu melantik dan melatih lebih pakar forensik computer. Perkhidmatan forensik komputer ini perlu digunakan dalam penyiasatan, analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah dan dikemukakan kepada kekuatan undang- undang.
Dari pandangan saya teknologi pada masa kini semakin canggih , tetapi pada masa yang sama terdapat juga kekurangannya , iaitu jenayah siber juga semakin canggih. Kebanyakan penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan. Oleh itu ,kita hendaklah melindungi sistem komputer kita dengan perisian-perisian tertentu dan berhati-hati semasa menggunakan rangkaian internet. Kita perlu bersama-sama menjadi pengguna internet yang berhemah.

No comments:

Post a Comment