Isu terakhir yang ingin saya
ketengahkan ialah isu pemerdagangan
manusia. “Pemerdagangan manusia” bermaksud segala perbuatan yang melibatkan
pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui
paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan,
melindungi, menyediakan atau menerima seseorang. Ada pelbagai jenis
pemerdagangan manusia seperti buruh terikat, pemerdagangan bayi,
pengeksplotasian seks dan lain-lain lagi.
Ada
beberapa faktor yang menjadi punca permasalahan ini. Pertamanya ialah, tahap
kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga
menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap seperti
katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai
jenayah merentasi sempadan. Masyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di
sekeliling mereka. Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri
meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat
tinggal mereka.
Seterusnya
ialah faktor kemiskinan. Keluarga merupakan titik awal tempat terjadinya proses
perdagangan orang. Pendidikan rendah, kekurangan peluang pekerjaan, pendedahan
maklumat terkini yang kurang mendorong kepada kemiskinan. Beban keluarga yang
banyak menyebabkan mereka akhirnya terpaksa mencari pekerjaan di tempat lain.
Sekaligus mereka terjerumus dalam kata-kata manis yang dituturkan oleh manusia
yang ingin mengambil kesempatan mereka yang kononya ingin menawarkan perkerjaan
dengan gaji yang lumayan.
Kesemua
punca ini sudah tentunya akan meninggalkan kesan . Kesan pertama ialah
peningkatan masalah sosial.Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat
seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. Dan ini juga akan menyebabkan sejumlah penduduk tempatan yang turut terjebak dalam aktiviti-aktiviti ini. Selain itu penularan penyakit berjangkit akan meningkat secara kritkal.Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat. Ini kerana, selalunya rakyat yang diperdagangkan adalah merupakan dari negara yang tidak ada kesedaran yang mecukupi tentang kesihatan.
seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. Dan ini juga akan menyebabkan sejumlah penduduk tempatan yang turut terjebak dalam aktiviti-aktiviti ini. Selain itu penularan penyakit berjangkit akan meningkat secara kritkal.Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat. Ini kerana, selalunya rakyat yang diperdagangkan adalah merupakan dari negara yang tidak ada kesedaran yang mecukupi tentang kesihatan.
Kesan
kedua ialah yang melibatkan negara. Gejala ini akan mencemarkan imej negara di
persada dunia. Negara kita sudah menjadi di antara 16 negara berprestasi buruk
menurut sebuah statistik yang dikeluarkan. Yang menjadi ancaman ialah ianya
berpotensi untuk meningkat lagi. Dengan pemerdagangan manusia yang meninkat
negara Malaysia sudah menjadi sarang jenayah. Ini juga menyebabkan para
pelancong yang meghindari Malaysia sebagai destinasi pelancong kerana kadar
jenayah yang tinggi, justeru memberi kesan kepada ekonomi negara.
Walaubagaimanapun
ada beberapa cara yang kita boleh gunakan untuk mengurangkan kegiatan ini. JIkalau
pihak kerajaan dapat mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman
yang lebih berat terhadap dalang sindiket pemerdagangan manusia, pasti jenayah
tersebut dapat ditangani. Kejayaan Akta dadah Berbahaya dalam mengekalkan
jumlah kes penyeludupan dadah pada tahap yang rendah harus dijadikan contoh
untuk mewujudkan mekanisme yang sama demi mengurangkan kes pemerdagangan
manusia. Hukuman penjara sahaja tidak memadai buat pesalah yang sanggup
menjalankan urusan jual beli manusia. Hukuman mati mandatori patut dikenakan
terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Seterusnya
ialah memperketatkan pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong
asing serta mengawal semua pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga
boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia. Malaysia sekarang sering
dikunjungi oleh pelancong- pelancong asing.Sesetengah pelancong asing bukan
hanya bertujuan untuk melancong di Malaysia ini.Tetapi mereka ingin membawa
orang -orang di Malaysia yang untuk
diperdagangkan untuk ke luar negara. Justeru,pihak berkuasa perlulah
mengetatkan atau mengehadkan kemasukan pelancong asing di negara kita.
Pendapat
saya ialah sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah
pemerdagangan manusia dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk
mengatasi jenayah tersebut. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan
membuahkan hasilnya jika pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana
sesungguhnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan
penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan Wawasan 2020
dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.